BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 28, 2014


Allahyarhamah 
Pn. Satirah Binti Abdul Razak
Anggota Lembaga
Ahli Jawatan Kuasa 
Biro Pendidikan & Sosial

Dukacita dimaklumkan bahawa Pn. Satirah Binti Abdul Razak Anggota Lembaga Koperasi telah kembali ke Rahmatullah pada 23hb September 2014 (Selasa) bersamaan 28 Zulkaedah 1435H akibat sakit tua. 

Seluruh warga Koperasi Pekebun Kecil Daerah Kluang Berhad merakamkan ucapan takziah, semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan Anggota-Anggota Lembaga lainnya sebelum ini agar dihimpunkan bersama golongan orang-orang yang beriman, soleh dan solehah.

AL-FATIHAH

Sunday, September 21, 2014

Sunday, September 14, 2014




Alhamdullilah syukur kehadrat Ilahi..

Dengan usaha gigih dan komitmen yang ditunjukkan oleh Anggota Lembaga & Pengurusan, KOPEDAK Bhd pada tahun 2014 telah berjaya tersenarai didalam Direktori Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2014 dikedudukan 82. Perangkaan Am Koperasi pada tahun 2013 menunjukkan jumlah koperasi berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia adalah berjumlah 10,914 koperasi.

Anggota Lembaga & Pengurusan KOPEDAK Bhd mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama secara lansung atau tidak lansung membawa KOPEDAK Bhd sehingga berjaya tersenarai didalam Index 100 Koperasi Terbaik Malaysia.

CIK NUR HAFEEZA BINTI CHE AB RAHMAN
PEGAWAI RISDA DAERAH
Assalamualaikum..

Barisan Anggota Lembaga dan Pengurusan mengucapkan selamat datang dan selamat memulakan tugas di RISDA Daerah Kluang Johor. Kami yakin dibawah pimpinan Cik mampu membawa RISDA dan Koperasi ke suatu tahap yang lebih tinggi. Semoga hubungan sirahtulrahim yang terjalin melebihi 30 tahun ini terus memberikan manfaat dan kebaikan bersama demi kepentingan Pekebun Kecil di daerah Kluang khususnya dan diseluruh Malaysia amnya.