BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 15, 2014

Tetamu VIP Semperna Karnival Koperasi Negeri Johor 2014

Penyampaian Anugerah Koperasi Cemerlang 2014 daripada
YB Menteri Besar kepada Pengerusi Kopedak Bhd
Sesi bergambar bersama-sama YB Menteri Besar, Ketua Eksekutif  SKM dan
 Penerima-Penerima Anugerah Koperasi Cemerlang 2014
Karnival Koperasi Negeri Johor 2014 telah berlansung pada 12hb-14hb Disember 2014 Bertempat di Dataran Al-Hamra, Menara Aqabah, Pasir Gudang, Johor.

Koperasi Pekebun Kecil Daerah Kluang Berhad dijemput menerima Anugerah Dalam Indek 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2014 Bagi Negeri Johor yang disampaikan oleh YAB Dato' Mohamed Khaled bin Nordin Menteri Besar Johor

Barisan Anggota Lembaga dan Pengurusan merakamkan ucapan syukur alhamdulillah diatas penganugerahan tertinggi ini. Pengiktirafan ini menjadi bukti dan kesungguhan seluruh warga KOPEDAK BHD yang sentiasa berusaha sedaya upaya memberikan sumbangan yang terbaik demi kejayaan, kecemerlangan dan kegemilangan bersama.

Sesi bergambar bersama Ahli Kelab Sukan Kopedak Bhd dan anggota keluarga
setelah selesai Program Hari Keluarga
Hari Keluarga Kelab Sukan Kopedak Bhd telah berlansung pada 12hb-13hb Dis 2014 Di Gorek Bay Mersing Johor. Program ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti antaranya acara sukaneka keluarga, BBQ dan Karaoke serta sembang pantai (Motivasi Staf)

Anggota Lembaga dan Pengurusan mengharapkan program ini dapat mengukuhkan lagi talian persaudaraan diantara staf dan anggota keluarga serta memberikan motivasi kepada staf untuk berusaha dengan lebih kuat lagi demi kejayaan bersama.

Sesi gambar bersama YB Menteri Datuk Amar

Perbincangan YB Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi bersama Koperasi Pekebun Kecil Di Semenanjung Malaysia telah diadakan pada 05hb Disember 2014 bertempat di Menara MPIC, Persiaran Perdana, Presint 2, 62654 Putrajaya.

Barisan Anggota Lembaga & Pengurusan mengucapkan jutaan terima kasih diatas pengiktirafan YB Menteri Datuk Amar Doglas Uggah Embas menerima cetusan idea dan pandangan KOPEDAK BHD demi kemajuan Industri Getah Negara seiring peningkatan taraf ekonomi masyarakat pekebun kecil.  

Tetamu VIP Semperna Program
Mini Karnival Koperasi Bersama Masyarakat
Penyampaian Anugerah Koperasi Cemerlang 2014
Peringkat Parlimen Kluang Johor yang disampaikan oleh YB Jais Sarday
Sesi bergambar bersama-sama YB Jais Adun Mahkota, En. Ti Pen. Pengarah SKM Wilayah Kluang, Johor,
 Anggota Lembaga dan Pengurusan Kopedak Bhd
Mini Karnival Koperasi Bersama Masyarakat Anjuran SKM & Parlimen Kluang Johor telah berlansung pada 30hb November 2014 bertempat di Perkarangan Ruang Legar Wisma Persekutuan Kluang, Johor.

Koperasi Pekebun Kecil Daerah Kluang Berhad dijemput menerima Anugerah Koperasi Cemerlang Peringkat Parlimen Kluang, Johor bagi tahun 2014.

Anggota Lembaga dan Pengurusan merakamkan ucapan syukur alhamdulillah diatas penganugerahan Koperasi Cemerlang Parlimen Kluang Johor 2014 ini dan akan terus berusaha demi kepentingan anggota keseluruhannya.