BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 15, 2014

Tetamu VIP Semperna Karnival Koperasi Negeri Johor 2014

Penyampaian Anugerah Koperasi Cemerlang 2014 daripada
YB Menteri Besar kepada Pengerusi Kopedak Bhd
Sesi bergambar bersama-sama YB Menteri Besar, Ketua Eksekutif  SKM dan
 Penerima-Penerima Anugerah Koperasi Cemerlang 2014
Karnival Koperasi Negeri Johor 2014 telah berlansung pada 12hb-14hb Disember 2014 Bertempat di Dataran Al-Hamra, Menara Aqabah, Pasir Gudang, Johor.

Koperasi Pekebun Kecil Daerah Kluang Berhad dijemput menerima Anugerah Dalam Indek 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2014 Bagi Negeri Johor yang disampaikan oleh YAB Dato' Mohamed Khaled bin Nordin Menteri Besar Johor

Barisan Anggota Lembaga dan Pengurusan merakamkan ucapan syukur alhamdulillah diatas penganugerahan tertinggi ini. Pengiktirafan ini menjadi bukti dan kesungguhan seluruh warga KOPEDAK BHD yang sentiasa berusaha sedaya upaya memberikan sumbangan yang terbaik demi kejayaan, kecemerlangan dan kegemilangan bersama.

Sesi bergambar bersama Ahli Kelab Sukan Kopedak Bhd dan anggota keluarga
setelah selesai Program Hari Keluarga
Hari Keluarga Kelab Sukan Kopedak Bhd telah berlansung pada 12hb-13hb Dis 2014 Di Gorek Bay Mersing Johor. Program ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti antaranya acara sukaneka keluarga, BBQ dan Karaoke serta sembang pantai (Motivasi Staf)

Anggota Lembaga dan Pengurusan mengharapkan program ini dapat mengukuhkan lagi talian persaudaraan diantara staf dan anggota keluarga serta memberikan motivasi kepada staf untuk berusaha dengan lebih kuat lagi demi kejayaan bersama.

Sesi gambar bersama YB Menteri Datuk Amar

Perbincangan YB Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi bersama Koperasi Pekebun Kecil Di Semenanjung Malaysia telah diadakan pada 05hb Disember 2014 bertempat di Menara MPIC, Persiaran Perdana, Presint 2, 62654 Putrajaya.

Barisan Anggota Lembaga & Pengurusan mengucapkan jutaan terima kasih diatas pengiktirafan YB Menteri Datuk Amar Doglas Uggah Embas menerima cetusan idea dan pandangan KOPEDAK BHD demi kemajuan Industri Getah Negara seiring peningkatan taraf ekonomi masyarakat pekebun kecil.  

Tetamu VIP Semperna Program
Mini Karnival Koperasi Bersama Masyarakat
Penyampaian Anugerah Koperasi Cemerlang 2014
Peringkat Parlimen Kluang Johor yang disampaikan oleh YB Jais Sarday
Sesi bergambar bersama-sama YB Jais Adun Mahkota, En. Ti Pen. Pengarah SKM Wilayah Kluang, Johor,
 Anggota Lembaga dan Pengurusan Kopedak Bhd
Mini Karnival Koperasi Bersama Masyarakat Anjuran SKM & Parlimen Kluang Johor telah berlansung pada 30hb November 2014 bertempat di Perkarangan Ruang Legar Wisma Persekutuan Kluang, Johor.

Koperasi Pekebun Kecil Daerah Kluang Berhad dijemput menerima Anugerah Koperasi Cemerlang Peringkat Parlimen Kluang, Johor bagi tahun 2014.

Anggota Lembaga dan Pengurusan merakamkan ucapan syukur alhamdulillah diatas penganugerahan Koperasi Cemerlang Parlimen Kluang Johor 2014 ini dan akan terus berusaha demi kepentingan anggota keseluruhannya.

Monday, November 24, 2014

Skim Insentif Pengeluaran Getah (IPG) Oleh Lembaga Getah Malaysia






Sekilas Budget Negeri Johor 2015

Strategi 1
Strategi 2:1
Strategi 2:2


Strategi 2:3
Strategi 2:4
Strategi 2:5

Strategi 3:1
Strategi 3:2
Strategi 3:3



Sunday, November 16, 2014


Majlis Penyampian Anugerah Koperasi Cemerlang daripada
YB Liang Teck Ming Parlimen Simpang Renggam
kepada Pengerusi KOPEDAK BHD.
Sesi bergambar Anggota Lembaga Koperasi bersama
YB Liang Teck Ming Parlimen Simpang Renggam
Sijil Anugerah & Plak Koperasi Cemerlang 2014 yang diterima
Koperasi Pekebun Kecil Daerah Kluang Berhad (KOPEDAK BHD)
Pada 16hb November 2014, bertempat diperkarangan pejabat Wakil Rakyat Parlimen Simpang Renggam berlansung satu Majlis Penyampian Anugerah Koperasi Cemerlang & Mini Karnival Koperasi Bersama Masyarakat Anjuran SKM & Parlimen Simpang Renggam, Johor. 

Barisan Anggota Lembaga & Pengurusan memanjatkan rasa syukur alhamdulillah diatas pengiktirafan ini & berjanji akan berusaha lebih gigih lagi demi kejayaan bersama.

Sunday, November 9, 2014

Taklimat disampaikan oleh Dr. Hj. Suarni bin Sumormo
Timbalan Pengarah Bahagian Polisi & Operasi LGM
Pada 07hb November 2014 bertempat di Ibupejabat Lembaga Getah Malaysia, KOPEDAK BHD telah menerima jemputan Ke Taklimat Permohonan Pembiayaan Belian Getah Di Bawah Skim LGM. Taklimat yang disampaikan sendiri oleh Timbalan Pengarah Polisi & Operasi Dr. Hj. Suarni bin Sumormo. 

Barisan ALK dan Pengurusan memanjatkan kesyukuran dengan tawaran pembiayaan ini dan akan berusaha memberikan pulangan terbaik kepada Pekebun Kecil Getah di Kluang Johor khususnya dan di Negeri Johor amnya.

Sesi menandatangani penerimaan sumbangan diantara
Anak Allahyarhamah dan Tn. Setiausaha KOPEDAK BHD
Pada 06hb November 2014 bertempat di Simpang Renggam Johor, Urusan penyerahan Sumbangan Khairat, ALK & KOPEDAK BHD telah selamat disempurnakan kepada waris Allahyarhamah Hjh Satirah binti Abd Rajak.

Barisan ALK & Pengurusan mengucapkan salam takziah dan berharap semoga keluarga Allahyarhamah tabah & redha dengan pemergian ibunda tercinta. Semoga Allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Al Fatihah.

Wednesday, October 29, 2014




Thursday, October 23, 2014


Pegawai Kastam sedang menyampaikan
penerangan kepada hadirin yang hadir
Pengerusi KOPEDAK Bhd (disebelah kanan) bersama-sama
Pengerusi KOPMAJU Bhd (disebelah kiri)
memberikan perhatian disepanjang sesi taklimat
Pada 22hb Oktober 2014 (Rabu) bertempat di Dewan Serbaguna Orang Ramai Bukit Gambir, Muar, Johor berlansung Taklimat Penerangan GST Khusus Sektor Kelapa Sawit Anjuran Persatuan Perniaga Buah Kelapa Sawit Johor Utara dengan Kerjasama RISDA Negeri Johor. Pegawai RISDA Daerah (PRD), Pengerusi, Pengurus dan Kakitangan Koperasi hadir bagi persediaan awal perlaksanaan GST pada 01hb April 2015.

Monday, October 20, 2014

Majlis Pernikahan
Majlis Persandingan
Majlis Makan Damai
Majlis Walimatul Urus Suliza binti Md Taib dan pasangannya Noor Elmy bin Azman telah berlansung dengan meriahnya di Dewan Serbaguna Sri Lalang, Kluang, Johor pada 18hb Oktober 2014 (Sabtu).

Barisan Anggota Lembaga dan Pengurusan merakamkan ucapan syukur dan taniah kepada beliau yang merupakan staf di Unit Pentadbiran dan Kenggotaan, Semoga puan beroleh rahmat dan berbahagia hendaknya hingga ke akhir hayat.

Wednesday, October 15, 2014


Pusat Timbang dan Setor (PTS) 
KM 6 Jalan Jamaluang, Mersing, Johor
milik Koperasi Pekebun Kecil Negeri Johor Berhad

Pada 14hb Oktober 2014 (Selasa) bertempat di Pejabat RISDA Daerah Mersing, Johor satu Mesyuarat Penyerahan Pusat Timbang dan Setor (PTS) di KM6, Jalan Jamaluang, Mersing, Johor telah diadakan. Pengerusi Mesyuarat yang merupakan Pengarah RISDA Negeri Johor dalam cadangannya bersetuju menyerahkan Tadbirurus Pusat Timbang ini kepada KOPEDAK BHD dengan penglibatan bersama Koperasi Pekebun Kecil Daerah Mersing Berhad (KOPMESRA). Mesyuarat Koperasi Pekebun Kecil Negeri Johor Berhad akan bermesyuarat bagi membincangkan cadangan ini. 

Barisan Anggota Lembaga dan Pengurusan berdoa dan berharap agar Pusat Timbang ini diserahkan kepada koperasi selain dapat merancakkan lagi aktiviti urusniaga BTS Kelapa Sawit ianya mampu meningkatkan keuntungan koperasi jangka masa panjang.

Sunday, October 12, 2014



Tuan Hj. Mohd Jarkoni Temon 
Pengerusi Koperasi menerima penyerahan daripada wakil Timbalan Menteri.

Alhamdulillah syukur..

Semperna Majlis Pelancaran Peraturan-Peraturan Lembaga Getah Malaysia (Perlesenan & Permit) 2014 Peringkat Negeri Johor Darul Takzim yang dirasmikan oleh YB Dato' Noriah Kasnon Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi pada 11hb Oktober 2014 (Sabtu) bertempat di Persada Johor Convention Centre, koperasi telah menerima Lesen Pembelian Getah dan Papan Tanda Harga Getah.

Barisan Anggota Lembaga dan Pengurusan mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Timbalan Menteri, Lembaga Getah Malaysia dan RISDA dengan penyerahan tambahan lesen belian ini koperasi terus dapat mengorak langkah demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada Pekebun Kecil di Negeri Johor.

Kelihatan Tuan Pengerusi memberikan tumpuan 
kepada penerangan daripada Pengarah Kastam.

Program Kesedaran dan Latihan Goods Services Tax (GST) anjuran Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Selatan dengan kerjasama Jabatan Kastam Negeri Melaka dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan Negeri Melaka telah diadakan di Bayou Lagoon Park Resort, Melaka pada 08-09hb Oktober 2014 .

Tuan Pengerusi Hj. Mohd Jarkoni bin Temon, Pengurus Besar En. Haszree bin Hamidan dan Pengurus Kewangan Pn. Siti Majelah bte Moin telah menghadiri program ini untuk persediaan koperasi menempuh Era GST yang bermula pada 01hb April 2015.

Monday, October 6, 2014




Alhamdullillah syukur..

Pejabat KOPEDAK Berhad hari ini menerima sumbangan bantuan daripada YB. Haji Abd Taib bin Haji Abu Bakar Ahli Dewan Undangan Negeri Machap berupa aircond berjenama York 2.0 dan Mesin Fax. Peralatan pejabat, komputer, lori dan pusat timbang Koperasi Pekebun Kecil Daerah Kluang Berhad sebahagian besarnya disumbangkan lansung oleh ahli-ahli politik dan badan-badan kerajaan.

Barisan Anggota Lembaga dan Pengurusan mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan bantuan dan sokongan YB yang berterusan kepada Koperasi. Dengan sumbangan ini pasti memberikan keselesaan dan kelancaran kerja seterusnya menjanjikan perkhidmatan terbaik kepada Pekebun Kecil dikawasan Machap khususnya dan dinegeri Johor amnya.

Wednesday, October 1, 2014




AKTIVITI OPERASI URUSNIAGA PUSAT TIMBANG 

Pekebun kecil dipelawa menjual hasil BTS Kelapa Sawit dan Getah ke Pusat Timbang dan Depo untuk jaminan harga serta timbangan yang terbaik

Sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan  pengurusan kebun, benih, input pertanian dan sewaan lori hubungi :-

Pejabat                  Tel : 077596534
En. Azmi @ Lias h/p : 0127308443
En. Rohaizad       h/p : 0137397312