BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, October 6, 2014




Alhamdullillah syukur..

Pejabat KOPEDAK Berhad hari ini menerima sumbangan bantuan daripada YB. Haji Abd Taib bin Haji Abu Bakar Ahli Dewan Undangan Negeri Machap berupa aircond berjenama York 2.0 dan Mesin Fax. Peralatan pejabat, komputer, lori dan pusat timbang Koperasi Pekebun Kecil Daerah Kluang Berhad sebahagian besarnya disumbangkan lansung oleh ahli-ahli politik dan badan-badan kerajaan.

Barisan Anggota Lembaga dan Pengurusan mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan bantuan dan sokongan YB yang berterusan kepada Koperasi. Dengan sumbangan ini pasti memberikan keselesaan dan kelancaran kerja seterusnya menjanjikan perkhidmatan terbaik kepada Pekebun Kecil dikawasan Machap khususnya dan dinegeri Johor amnya.

0 comments: