Wednesday, October 29, 2014
Posted by Haszree Hamidan at 9:09 AM 0 comments
Thursday, October 23, 2014
![]() |
Pegawai Kastam sedang menyampaikan penerangan kepada hadirin yang hadir |
![]() |
Pengerusi KOPEDAK Bhd (disebelah kanan) bersama-sama Pengerusi KOPMAJU Bhd (disebelah kiri) memberikan perhatian disepanjang sesi taklimat |
Pada 22hb Oktober 2014 (Rabu) bertempat di Dewan Serbaguna Orang Ramai Bukit Gambir, Muar, Johor berlansung Taklimat Penerangan GST Khusus Sektor Kelapa Sawit Anjuran Persatuan Perniaga Buah Kelapa Sawit Johor Utara dengan Kerjasama RISDA Negeri Johor. Pegawai RISDA Daerah (PRD), Pengerusi, Pengurus dan Kakitangan Koperasi hadir bagi persediaan awal perlaksanaan GST pada 01hb April 2015.
Posted by Haszree Hamidan at 11:40 AM 0 comments
Monday, October 20, 2014
![]() |
Majlis Pernikahan |
![]() |
Majlis Persandingan |
![]() |
Majlis Makan Damai |
Majlis Walimatul Urus Suliza binti Md Taib dan pasangannya Noor Elmy bin Azman telah berlansung dengan meriahnya di Dewan Serbaguna Sri Lalang, Kluang, Johor pada 18hb Oktober 2014 (Sabtu).
Barisan Anggota Lembaga dan Pengurusan merakamkan ucapan syukur dan taniah kepada beliau yang merupakan staf di Unit Pentadbiran dan Kenggotaan, Semoga puan beroleh rahmat dan berbahagia hendaknya hingga ke akhir hayat.
Posted by Haszree Hamidan at 12:43 PM 0 comments
Wednesday, October 15, 2014
Pusat Timbang dan Setor (PTS)
KM 6 Jalan Jamaluang, Mersing, Johor
milik Koperasi Pekebun Kecil Negeri Johor Berhad
Pada 14hb Oktober 2014 (Selasa) bertempat di Pejabat RISDA Daerah Mersing, Johor satu Mesyuarat Penyerahan Pusat Timbang dan Setor (PTS) di KM6, Jalan Jamaluang, Mersing, Johor telah diadakan. Pengerusi Mesyuarat yang merupakan Pengarah RISDA Negeri Johor dalam cadangannya bersetuju menyerahkan Tadbirurus Pusat Timbang ini kepada KOPEDAK BHD dengan penglibatan bersama Koperasi Pekebun Kecil Daerah Mersing Berhad (KOPMESRA). Mesyuarat Koperasi Pekebun Kecil Negeri Johor Berhad akan bermesyuarat bagi membincangkan cadangan ini.
Barisan Anggota Lembaga dan Pengurusan berdoa dan berharap agar Pusat Timbang ini diserahkan kepada koperasi selain dapat merancakkan lagi aktiviti urusniaga BTS Kelapa Sawit ianya mampu meningkatkan keuntungan koperasi jangka masa panjang.
Posted by Haszree Hamidan at 9:22 AM 0 comments
Sunday, October 12, 2014
Tuan Hj. Mohd Jarkoni Temon
Pengerusi Koperasi menerima penyerahan daripada wakil Timbalan Menteri.
Alhamdulillah syukur..
Semperna Majlis Pelancaran Peraturan-Peraturan Lembaga Getah Malaysia (Perlesenan & Permit) 2014 Peringkat Negeri Johor Darul Takzim yang dirasmikan oleh YB Dato' Noriah Kasnon Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi pada 11hb Oktober 2014 (Sabtu) bertempat di Persada Johor Convention Centre, koperasi telah menerima Lesen Pembelian Getah dan Papan Tanda Harga Getah.
Barisan Anggota Lembaga dan Pengurusan mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Timbalan Menteri, Lembaga Getah Malaysia dan RISDA dengan penyerahan tambahan lesen belian ini koperasi terus dapat mengorak langkah demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada Pekebun Kecil di Negeri Johor.
Posted by Haszree Hamidan at 3:30 PM 0 comments
Kelihatan Tuan Pengerusi memberikan tumpuan
kepada penerangan daripada Pengarah Kastam.
Program Kesedaran dan Latihan Goods Services Tax (GST) anjuran Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Selatan dengan kerjasama Jabatan Kastam Negeri Melaka dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan Negeri Melaka telah diadakan di Bayou Lagoon Park Resort, Melaka pada 08-09hb Oktober 2014 .
Tuan Pengerusi Hj. Mohd Jarkoni bin Temon, Pengurus Besar En. Haszree bin Hamidan dan Pengurus Kewangan Pn. Siti Majelah bte Moin telah menghadiri program ini untuk persediaan koperasi menempuh Era GST yang bermula pada 01hb April 2015.
Posted by Haszree Hamidan at 3:15 PM 0 comments
Monday, October 6, 2014
Pejabat KOPEDAK Berhad hari ini menerima sumbangan bantuan daripada YB. Haji Abd Taib bin Haji Abu Bakar Ahli Dewan Undangan Negeri Machap berupa aircond berjenama York 2.0 dan Mesin Fax. Peralatan pejabat, komputer, lori dan pusat timbang Koperasi Pekebun Kecil Daerah Kluang Berhad sebahagian besarnya disumbangkan lansung oleh ahli-ahli politik dan badan-badan kerajaan.
Barisan Anggota Lembaga dan Pengurusan mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan bantuan dan sokongan YB yang berterusan kepada Koperasi. Dengan sumbangan ini pasti memberikan keselesaan dan kelancaran kerja seterusnya menjanjikan perkhidmatan terbaik kepada Pekebun Kecil dikawasan Machap khususnya dan dinegeri Johor amnya.
Posted by Haszree Hamidan at 3:27 PM 0 comments
Wednesday, October 1, 2014
AKTIVITI OPERASI URUSNIAGA PUSAT TIMBANG
Pekebun kecil dipelawa menjual hasil BTS Kelapa Sawit dan Getah ke Pusat Timbang dan Depo untuk jaminan harga serta timbangan yang terbaik.
Sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan pengurusan kebun, benih, input pertanian dan sewaan lori hubungi :-
Pejabat Tel : 077596534
En. Azmi @ Lias h/p : 0127308443
En. Rohaizad h/p : 0137397312
Posted by Haszree Hamidan at 10:32 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)